Bukan selalu di atas untuk merasa bahagia.

Hari demi hari, aku mulai sedar yang bukan semua mampu ku letakkan seratus kepercayaanku sewenang-wenangnya. Sesungguhnya, yang Maha Esa juga yang cukup sempurna sifatNya.

Aku seharusnya kuat untuk meneruskan kehidupan yang berliku-liku ini, jauh sekali untuk mengalah, kerana aku tahu, Allah sangat benci dengan orang yang sangat mudah mengalah. Ku ambil segala ujian ini sebagai cabaran untuk aku terus kuat. 

Aku tahu, bukan mudah untuk berhadapan dengan mereka dalam masa yang panjang, tetapi perlu aku teruskan untuk menamatkan pengajian ini. Mungkin, nampak mudah untuk orang lain mengatakan yang aku boleh untuk berhadapan dengan semua masalah ini, tapi hanya aku tahu bagaimana perasaan ini terguris dan sedih diperlakukan seolah-oleh aku yang benar-benar salah. 

Tidak mengapa, semua ini ada hikmah untuk diriku, mungkin aku terlalu banyak melakukan dosa dibumi Allah, sudah tiba masanya untuk aku mengubah diri ini agar menjadi yang lebih baik. Berhenti melakukan kemungkaran dan berusaha sedaya-upaya mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. lagi-lagi di bulan ramadhan yang mulia ini.

Ya Allah, perkuatkanlah hati hambaMu yang lemah ini untuk meneruskan perjuangannya ya Allah. Permudahkanlah segala urusannya, dan berikanlah ketenangan hati dan kecemerlangan dalam pendidikannya dan semoga hambaMu ini dapat menjalani peperiksaan akhir semester dengan cemerlang begitu juga dengan rakan seperjuangannya. Amin.


Comments

Popular posts from this blog

Today I learnt something 18 Aug 2022

Lesson learnt!

An inspiration by a Worm by Ikram Sabri