Bukan selalu di atas untuk merasa bahagia.
Hari demi hari, aku mulai sedar yang bukan semua mampu ku letakkan seratus kepercayaanku sewenang-wenangnya. Sesungguhnya, yang Maha Esa juga yang cukup sempurna sifatNya. Aku seharusnya kuat untuk meneruskan kehidupan yang berliku-liku ini, jauh sekali untuk mengalah, kerana aku tahu, Allah sangat benci dengan orang yang sangat mudah mengalah. Ku ambil segala ujian ini sebagai cabaran untuk aku terus kuat. Aku tahu, bukan mudah untuk berhadapan dengan mereka dalam masa yang panjang, tetapi perlu aku teruskan untuk menamatkan pengajian ini. Mungkin, nampak mudah untuk orang lain mengatakan yang aku boleh untuk berhadapan dengan semua masalah ini, tapi hanya aku tahu bagaimana perasaan ini terguris dan sedih diperlakukan seolah-oleh aku yang benar-benar salah. Tidak mengapa, semua ini ada hikmah untuk diriku, mungkin aku terlalu banyak melakukan dosa dibumi Allah, sudah tiba masanya untuk aku mengubah diri ini agar menjadi yang lebih baik. Berhenti melakukan kemu...